Green Leaf 2020

Anugerah Kelestarian Majlis Citra Karisma 2021

Latar Belakang Anugerah

Bagi mengiktiraf usaha pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam memacu agenda kelestarian, Anugerah Kelestarian mula diwujudkan dalam Majlis Citra Karisma 2020. Penilaian Kelestarian ditubuhkan bagi membantu pihak pengurusan kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terutamanya Pejabat Pelestarian Kampus (UTM CS) dalam usaha pemantapan inisiatif ke arah kelestarian yang sebenar dan pada masa yang sama penilaian ini akan digunakan sebagai pangkalan data kelestarian yang tunggal di kampus UTM bagi memudahkan sistem pengurusan kelestarian yang sedia ada. Sehubungan dengan itu setiap PTJ adalah DIWAJIBKAN untuk menghantar penyertaan bagi Anugerah Kelestarian ini. 

Kategori Anugerah

Terdapat empat (4) kategori Anugerah Kelestarian, iaitu:

i. Fakulti/Sekolah;
ii. Jabatan/Pejabat;
iii. CoE/HICoE/Institut Penyelidikan; dan
iv. Kolej Kediaman.

Kriteria/Syarat-Syarat Permohonan

  1. Pencalonan terbuka kepada SEMUA PTJ di Universiti Teknologi Malaysia.
  2. Pencalonan boleh dibuat oleh:
    1. Ketua Jabatan
    2. Green Manager
    3. Energy Manager
    4. Penyelaras Kelestarian di PTJ (Felo/RO)

Nilai Anugerah

Nota: Sijil penghargaan akan diberikan kepada PTJ yang mendapat penarafan 3 Green Leaf dan ke atas

Tempoh Pencalonan: 1 Mac 2021 – 31 Mac 2021

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Madam Tan Hooi Luang di talian 07-553 3156 atau En Muhamad Hairulnizam Ishak di talian 07-553 3147 atau emel ke sustainability@utm.my. 

Sila klik pautan berikut bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Anugerah Kelestarian (Green Leaf 2020):-

  1. BORANG PERMOHONAN
  2. PERINCIAN MARKAH

PERHATIAN: Pelaporan data adalah bagi tempoh perlaksanaan 1 Jan hingga 31 Disember 2020

Borang Penilaian Kelestarian yang telah lengkap perlu dihantar menggunakan pautan ini http://gg.gg/greenleaf2020 pada atau sebelum 31 Mac 2021.

Get In Touch

Let’s Work Together!

Email

sustainability@utm.my

Phone

(+607) 553 3152 / 33151 / 33155

Fax

(+607) 553 3149

Address

UTM Campus Sustainability (UTMCS)
Block M38, Universiti Teknologi Malaysia,
UTM Johor Bahru, Johor