Anugerah Kelestarian 2023
Latar Belakang Anugerah
Bagi mengiktiraf usaha pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam memacu agenda kelestarian, Anugerah Kelestarian mula diwujudkan dalam Majlis Citra Karisma 2020. Penilaian Kelestarian ditubuhkan bagi membantu pihak pengurusan kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terutamanya Pejabat Pelestarian Kampus (UTM CS) dalam usaha pemantapan inisiatif ke arah kelestarian yang sebenar dan pada masa yang sama penilaian ini akan digunakan sebagai pangkalan data kelestarian yang tunggal di kampus UTM bagi memudahkan sistem pengurusan kelestarian yang sedia ada. Sehubungan dengan itu setiap PTJ adalah DIWAJIBKAN untuk menghantar penyertaan bagi Anugerah Kelestarian ini.
Kategori Anugerah
Terdapat empat (4) kategori Anugerah Kelestarian, iaitu:
i. Fakulti/Sekolah;
ii. Jabatan/Pejabat;
iii. CoE/HICoE/Institut Penyelidikan; dan
iv. Kolej Kediaman.
Kriteria/Syarat-Syarat Permohonan
1. Pencalonan dan penyertaan adalah TERBUKA dan WAJIB kepada SEMUA PTJ di Universiti Teknologi Malaysia.
2. Pencalonan boleh dibuat oleh:
a. Ketua Jabatan
b. Green Manager
c. Energy Manager
d. Penyelaras Kelestarian di PTJ (Felo/RO)
*PTJ yang gagal untuk menghantar penyertaan perlu menghantar surat tunjuk sebab
Poster dan Maklumat Anugerah
Nota: Trofi dan wang kemenangan akan diberikan kepada PTJ yang mendapat penarafan 4 Green Leaf sahaja dan ke atas manakala sijil penghargaan akan diberikan kepada PTJ yang mendapat penarafan 3 Green Leaf dan ke atas tertakluk kepada Jawatankuasa Citra Karisma 2024
Tempoh Pencalonan: 18 Mac 2024 – 28 April 2024
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi En Kiflee Jimpi (UTMJB) 017 788 0405, En Muhamad Hairulnizam Ishak (UTMJB) 010 794 7345 dan En Zainal Affandi Zainal Abidin (UTMKL) 011 2311 5025 atau emel ke sustainability@utm.my.
Sila klik pautan berikut bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Anugerah Kelestarian (Green Leaf 2023):-
1. BORANG PERMOHONAN
2. PERINCIAN MARKAH
PERHATIAN: Pelaporan data adalah bagi tempoh perlaksanaan 1 Jan hingga 31 Disember 2023
Borang Penilaian Kelestarian yang telah lengkap perlu dihantar dan dimuat naik menggunakan pautan ini Pendaftaran Penyertaan Anugerah Kelestarian 2023 pada atau sebelum 28 April 2024 (sebelum pukul 5.00 petang).
Get In Touch
Let’s Work Together!
sustainability@utm.my
Phone
(+607) 553 3152 / 33151 / 33155
Fax
(+607) 553 3149
Address
Block M38, Universiti Teknologi Malaysia,
UTM Johor Bahru, Johor